Rabu, Mei 08, 2013

Dia Datang Lagi...

Assalammualaikum.

Pantas sungguh masa berlalu. Intan rasa cukup letih beberapa bulan ini. Kadangkala saja okay..dan banyaknya Intan hanya berpura-pura menunjukkan kekuatan. Ya Tuhan tiada daya dan kekuatan melainnya kekuatanMU. Intan tidak pasti puncanya..tapi antaranya adalah kerana imanku yang lemah. Kadangkala rasa seperti putus asa..Intan tidak pasti kenapa, tapimenahannya dengan menyibukkan diri dengan dunia. Dunia membuatkan Intan leka dan melupakan segala yang berada terbuku di hati. Kegemaranku adalah kerja..kerja dan kerja. Kekusyukkan melakukan kerja dengan sepenuh hati mampu melindungi kesakitan hati ini. Intan sorok jauh-jauh di sudut hati hingga tidak dapat memahami dan menghayati hati sendiri. Lemahnya imanku Ya Allah. Aku hampir tersungkur.

Keadaan semakin teruk. Sudah lebih sebulan tangan kanan Intan merasa kebas, daripada bahu hinggalah ke hujung jari. Mulanya sakit dan tegang di tengkuk kanan. Alhamdulillah kesakitan yang ditanggung hampir sebulan hilang begitu sahaja sebaik sahaja membuat rawatan bekam. Bersyukur kerana kesakitan telah hilang tapi kebas dan tangan yang lemah tetap merungsingkan. Dan ditambah pula leher kananku merasa gatal merenyam terutama di waktu malam.

X-Ray dan ujian saraf telah dilakukan, alhamdulillah okay. Tetapi ujian MRI agak menyesakkan dada, kerana ia menunjukkan tulang sumsum bengkak sedikit. Moga semua pulih seperti biasa. Hujung bulan ini sekali lagi MRI akan dilakukan. Ya Tuhan, aku redha jika Engkau hendak ambil nyawaku. Tapi aku memohon belas ihsanMU, izinkanlah aku mati dalam keadaan Engkau meredhai aku dan biarlah aku mati dalam keaadaan cantik sempurna serta tidak menyusahkan orang lain. Lindungilah aku mati ketika derhaka. Sebelum tiba ajalku, sekurang-kurangnya izinkanlah aku mengerjakan umrah bersama ayahbonda. Aku hambaMU yang sentiasa berdosa, harap ibadat umrah membantu untuk membersihkan dosaku.

Intan masih tidak pasti apa yang mengganggu hati. Mungkin tahu tapi buat-buat tidak tahu..erm entahlah. Ya Tuhan, aku akan jatuh terkulai tanpaMU. Hanya Engkau yang boleh menyembuhkan aku dan menyelamatkan aku.


Sabtu, Januari 05, 2013

Tahun Baru Lagi

Assalammualaikum,,,

Lama rasanya post entri baru..tup tup sudah tahun baru lagi. Masa begitu pantas. Adakah ia tanda masa dibiarkan berlalu tanpa aktiviti bermakna. Adakah kerana kurangnya keberkatan masa. Adakah terlalu sibuk dengan kisah dunia hingga masa berlalu dengan rasa kosong. Apabila diimbas kembali sepanjang tahun 2012 masehi, banyak kisah dan peristiwa indah yang dilalui. Sama ada benar-benar indah atau indah apabila memikirkan hikmah disebalik takdir.

Alhamdulillah diri ini diberi kekuatan melayari kehidupan sepanjang tahun ini. Ya Tuhan moga Engkau tambahkan kekuatan imanku hari demi hari. Moga Engkau sentiasa melindungiku dan merahmatiku dengan sifat Rahmat dan Kasih Mu. Sepanjang tahun 2012, beberapa kali aku hampir jatuh tersungkur tapi Engkau tetap membantuku. Moga Engkau lindungi aku daripada menjadi lelaki yang putus asa di dalam perut ikan paus tetapi memberi aku kekuatan supaya sentiasa ikhlas mendekatkan denganMU dan mencari keredhaanMu. Ya Tuhan aku tidak mampu tanpa bantuan dan belas ikhsanMU..sesungguhnya aku hanya hambaMu hanya lemah dan hina. Aminn